Tips Lulus Ujian JPJ Motosikal (Lesen B2) 2023
Hari ini, aku nak kongsikan pengalaman aku Ujian JPJ Motosikal Lesen B2 dan Tips Lulus Ujian JPJ Motosikal Lesen B2. Aku Ujian JPJ 04/09/2023 iaitu pada minggu lepas. masa ujian jpj tu, aku rasa berdebar sebab kali ni JPJ yang akan nilai sebelum ni masa ujian penilaian QTI(Qualified Test Institute) tu cikgu yg mengajar motosikal yang menilai jadi kurang lah sikit rasa berdebar tu...hehehe😅. Mula-mula tu cikgu akan bagi nombor giliran dan baju vest warna hijau yang ada nombor. Aku pulak dapat nombor last sekali iaitu nombor 23...hahahaha😂. Total calon test jpj motosikal ni 23 orang je.mula-mula tu akan buat RPM(Rutin Pemeriksaan Motosikal) dengan PSMP (Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan) yg ni JPJ akan panggil 6 org. Tips untuk lulus RPM dgn PSMP ni kena guna suara yang kuat dan jelas tapi jangan risau part ni sebab part ni present 6 orang serentak kuranglah sikit rasa berdebar tu. Aku lulus part ni pun sbb aku selalu explore kat youtube iaitu cara buat RPM dgn PSMP. Total masa utk RPM dgn PSMP ni 8 minit, RPM 5 minit PSMP 3 minit. Biasanye sekejap je buat part ni 2 minit pun boleh settle part ni....hahaahah.
Habis je semua calon selesai RPM dgn PSMP, akan buat ujian bahagian 2 iaitu test litar. kalau ujian kat litar ni bagi aku yg paling mencabar dekat titi dgn brek kecemasan. Utk ujian bahagian 2 ni ada 6 elemen iaitu menunggang di titi, laluan antara kon, brek kecemasan, laluan tidak rata dgn selekoh tajam. Tips utk lulus kesemua 6 elemen ni, guna gear 2 je utk kesemua elemen kecuali brek kecemasan tu gear maksimum guna gear 3. Alhamdulilah, aku dgn jayanya lepas utk kesemua elemen ni. Habis je ujian bahagian 2 ni, kena tolak motor ke ujian bahagian 3 pulak iaitu ujian di jalan raya. Bagi aku ujian jalan raya ni lebih senang sikit dari ujian bahagian 2. Utk ujian jalan raya ni, calon kena tunggu jpj kibar bendera warna hijau. selepas JPJ dah kibar bendera warna hijau tu baru boleh start. Mula-mula kena check tayar dpn dan blkg, check lampu depan, lampu blkg , lampu signal kanan dan kiri dpn dan blkg, check brek dpn dan blkg. lepas dah habis check semua tu, bunyikan hon buka signal kanan pastu tengok cermin sisi kanan dan kiri pastu depakan tgn kanan sambil pandang blkg baru boleh start. Kalau yg ni kena peka sikit kalau tak buka signal kanan dan terus jalan terus gagal sbb tu kesalahan mandatori. lepastu, kalau nak pergi line tengah tu kena bagi signal kanan dulu, lepastu pandang blkg sekejap lepastu pandang dpn baru tukar line.Alhamdulilah aku lulus ujian jalan raya ni. Tips yg last sekali buat solat hajat, baca surah al-waqiah dan banyakkan berdoa insyalllah akan lulus ujian jpj motosikal. Aku harap korang yg baca blog aku ni dan akan ujian jpj motosikal ni lulus masa ujian jpj nanti.Aminn 😁
Comments
Post a Comment